Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Persepsi | Posted on 13-03-2010
Pada 18 haribulan Mac ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Terengganu @ DPMMT akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya. Mesyuarat Agung Tahunan kali ini menarik perhatian kerana adanya pertandingan jawatankuasa DPMMT.
DPMM adalah wadah perjuangan membela peniaga Melayu. Apa pun hasil pemilihan yang dilakukan, biarlah pilihan yang dibuat adalah terbaik untuk ahli-ahlinya.
Saya selaku perwakilan buat pertama kali ke Mesyuarat Agung ini tidak mahu membuat sebarang komen tentang siapakah yang patut dipilih kerana saya masih baru menjadi ahli DPMMT.
Selamat Bermesyuarat.
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 13-03-2010
Salam dan Selamat Sejahtera Kepada Rakan-Rakan Bloggers.
Maaf dipinta kerana lama tidak mengemaskini laman blog NasiDagang.Com . Pelbagai perkara mendatang sebelum ini yang menyebabkan laman blog tidak dapat dikemaskini sepertimana sediakala.
Di sini saya ingin mengajak rakan-rakan bloggers Muslim untuk mendoakan kesejahteraan ke atas roh ayahanda saya Haji Ahmad bin Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 haribulan Februari yang lalu. Majlis tahlil akan diadakan di Kuala Berang pada 25 haribulan Mac 2010 selepas Isya’. Dijemput kepada rakan-rakan yang ada kelapangan.
Al-Fatihah.
Terima kasih daripada kami sekeluarga.
Shamshawal Azraai bin Ahmad
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 15-10-2009
Perhimpunan Agung UMNO 2009 mencatat sejarah di mana ucapan dasar YAB PM selaku Presiden UMNO. Di dalam ucapan beliau menggariskan beberapa perkara yang amat penting untuk diberi perhatian di antaranya:-
- UMNO bukanlah parti perkauman atau bersifat racist sedangkan UMNO boleh berbuat demikian selepas tragedy 13 Mei 1969;
- UMNO mampu bangkit kembali dari setiap peristiwa yang melanda UMNO walaupun UMNO disifatkan lawan akan berkubur di saat UMNO menghadapi krisis negara mahupun krisis dalaman parti;
- Asalkan UMNO mendekati dan menambat hati rakyat senantiasa mengikut aspirasi semasa;
- Pindaan perlembagaan dijangka mampu mentransformasikan UMNO agar bebas dari sindrom politik wang;
- Pertarungan UMNO/BN di dalam menambat hati rakyat lebih terjerumus kepada pertarungan minda.
Kelima-lima perkara di atas dijangka akan ditunggu-tunggu hasilnya mahupun impaknya pada masa mendatang. Apa yang penting adakah UMNO kali ini mampu bangkit sepertimana dahulu ataupun kecundang pada PRU 13 adalah bergantung kepada semua ahli UMNO bukan setakat pemimpin tertinggi UMNO sahaja.
Istilah parti cari makan sepertimana kata YAB Presiden parti perlu disisihkan dan semangat kesukarelawanan di dalam parti perlu disemarakkan lagi agar parti terus bergerak dengan lebih kemas dan utuh lagi pada masa hadapan.
Hanya masa menentukan sejauhmana ahli-ahli UMNO mampu membuat kebangkitan semula parti. Bagan Pinang adalah isyarat bahawa UMNO/BN mampu bangkit menawan kembali hati rakyat dan usaha-usaha berbakti kepada rakyat ini bukan sahaja setakat menuju PRU 13 semata-mata bahkan ianya perlu menjadi denyut nadi ahli-ahli UMNO setiap masa dan ketika selaras sepertimana hasrat UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Selamat bersidang.
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 05-10-2009
Teka-teki mengenai calon BN bagi PRK N31 DUN Bagan Pinang telah pun terungkai apabila pengumuman dibuat oleh TPM di Port Dickson.
Pengumuman TS Isa Samad sebagai calon BN pada hemat saya adalah satu tindakan yang berani oleh BN di dalam usahanya mengekalkan kemenangannya di Bagan Pinang. Ini adalah kerana beberapa insiden yang berlaku pada TS Isa pada masa lalu dilihat tidak memberikan kelebihan pada BN sekiranya Isa dipilih. Perkara ini diutarakan oleh beberapa pemimpin UMNO seperti Tun Mahathir yang mahukan calon BN selain Isa.
PRK Permatang Pasir memperlihatkan isu berkaitan calon adalah begitu sensitif sehinggakan boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya. Seandainya calon tersebut benar-benar dikehendaki rakyat maka keputusan akan memihak kepada calon tersebut. Pelbagai keputusan pilihanraya telah dilalui di mana faktor kewibawaan calon itu tidak dinafikan sebagai faktor penyumbang kepada sesebuah parti yang bertanding di dalam pilihanraya.
Read the rest of this entry »
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 24-09-2009
Hari penamaan calon bagi PRK N31 Bagan Pinang sudah tidak berapa jauh lagi iaitu pada 3.10.2009. Di dalam siri ulasan-ulasan PRK di dalam posting saya yang lalu, saya ada menekankan akan perlunya kemenangan oleh UMNO/BN di dalam PRK yang ditandinginya terutamanya di Semenanjung.
Cabaran UMNO di Bagan Pinang adalah untuk mengekalkan dan mencapai kemenangan yang lebih besar berbanding keputusan PRU 12 yang lalu. Kekalahan adalah satu perkara yang perlu dielakkan oleh UMNO apatah lagi majoriti lalu sebanyak 2,333 berkurangan pada PRK kali ini.
Cabaran UMNO seterusnya ialah mengenalpasti calon. UMNO Bahagian Teluk Kemang mahukan TS Isa Samad. Timbalan Presiden UMNO mahukan 3 nama untuk calon Bagan Pinang . Maklumat terkini yang diterima ialah UMNO Bahagian Teluk Kemang berdiri teguh di belakang TS Isa Samad sebagai calon PRK N31 ini.
Jalan penyelesaiannya ialah adakah UMNO Pusat akan akur dengan kehendak UMNO Bahagian Teluk Kemang ini yang mana TS Isa juga adalah Ketua Bahagiannya? Bagaimanakah implikasi yang akan berlaku sekiranya TS Isa tidak dicalonkan? Read the rest of this entry »
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 07-09-2009
Saya baru sahaja meneroka dunia Facebook secara lebih kerap sepanjang 3 minggu yang lalu. Apa yang menarik ialah bagaimana saya berhubungan kembali dengan kawan-kawan lama & menjalin persahabatan baru.
Kepada pembaca Nasi Dagang yang ingin mengenali saya lebih dekat dan mempunyai persoalan yang tidak mahu melalui webmaster kami, sila :-
- Hantarlah mesej kepada saya iaitu Shamshawal Ahmad di facebook.com;
- Selepas itu baru Request to be a Friend kepada saya;
- Sebaik sahaja menerima permintaan anda, barulah saya menerima anda ke dalam senarai friend di dalam facebook saya.
Dunia facebook ini juga menarik bagi pemimpin/wakil rakyat untuk lebih rapat dengan rakyat. Terpulanglah kepada pemimpin untuk menyelami aplikasi facebook ini.
Pada pandangan saya, ianya satu aplikasi yang menarik untuk merapatkan silaturrahim sesama kita.
Selamat berhubungan dengan saya di facebook. Terima kasih.
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 03-09-2009
Within few days forward, we will be entering the second half of Ramadhan.
How’s our Ramadhan so far :-
- In performing our fasting?
- In doing other rituals like solat terawih, reciting Quran, qiyamullail, sedeqah etc?
- Have we perform zakat fitrah?
At the same time:-
- Our preparation for Eid? Kuih raya, new raya clothings etc.
- Our Eid this year whereabout?
- Safety measures on our house during Eid vacation?
Whereby:-
- How’s about our vehicles? Service done before Raya vacation? Or
- Raya bus/train/airplane ticket bought already?
Best wishes from us at NasiDagang.com
LIVE THE BLESSINGS OF RAMADHAN, & THE JOY OF SYAWAL!!!
Posted by Shamshawal Azraai | Posted in Politik | Posted on 02-09-2009
Walaupun saya seorang ahli UMNO, undi saya tidak mencukupi untuk mengalahkan pihak lawan jika undi yang diperolehi pihak lawan melebihi jumlah undi calon UMNO.
Persoalan menarik untuk difikirkan ialah seperti berikut:-
-
Era kegagalan Perikatan gagal menguasai Parlimen dengan 2/3 majoriti pada pilihan raya 1969 dan juga pada pilihan raya 2008.
Saya lebih melihat keputusan ini adalah kerana ketidakpuashatian rakyat terhadap prestasi kerajaan Perikatan/BN.
Namun, sokongan beralih pada BN pada pilihan raya 1974. Persoalannya adakah akan ada wujudnya ‘pendullum shift’ daripada sokongan kepada parti pembangkang kembali semula kepada UMNO/BN pada PRU 13 nanti.
Ini akan membawa kepada kita untuk memikirkan persoalan yang berikut:
Read the rest of this entry »